Johari Ghani turun padang bantu kempen dua calon BN di Hulu Langat

Johari Ghani turun padang bantu kempen dua calon BN di Hulu Langat

JOHARI Abdul Ghani (kiri) bersama Wan Zulaika Anua (tengah) mendekati penduduk pada Program Santai Futsal Anak Muda, di DMS Sport Beranang, Selangor. - UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani meskipun sibuk tetap ‘turun padang’ membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) serta menyantuni rakyat.

Hari ini, Ahli Parlimen Titiwangsa itu ‘menjelajah’ kerusi Dusun Tua dan Semenyih yang terletak di Hulu Langat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Sabtu ini.

Kehadiran beliau yang tampil bersahaja dan cukup mesra menemui penduduk setempat juga menaikkan semangat anggota jentera parti itu dalam memastikan kemenangan BN.

Turut mengiringi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan itu ialah calon kerusi bagi Dusun Tua, Datuk Johan Abdul Aziz dan Semenyih, Wan Zulaika Anua.

Johari tidak ketinggalan beramah mesra dengan masyarakat ketika program walkabout berdekatan sebuah pasar raya besar.

Beliau juga menghadiri sesi kenduri doa selamat di Taman Indah PKNS Beranang sebelum menyantuni pemain futsal di Arena DMS dan para peniaga di Taman Pelangi Semenyih.

Jadual padat beliau itu diakhiri dengan sesi melawat dan mendengar taklimat di Bilik Gerakan Utama BN kerusi tersebut di Semenyih sebelum pulang ke ibu negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya