Jodoh saya dengan 'Datuk' sudah ditentukan Tuhan- Intan Najuwa

Jodoh saya dengan ‘Datuk’ sudah ditentukan Tuhan- Intan Najuwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Intan Najuwa enggan mengambil peduli dakwaan warganet yang menuduh dirinya bernikah dengan lelaki berpangkat Datuk hanya kerana wang.

Pemilik nama sebenar, Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, menegaskan jodohnya bersama ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman sudah ditentukan Tuhan.

“Saya ada baca komen-komen di media sosial itu.

“Ada orang cakap saya kahwin sebab duit. Ini sangat normal bagi saya sebab orang akan sentiasa bercakap, tetapi yang melalui kehidupan itu adalah saya.

“Susah atau senang, semua kita telan sendiri. Kita bukan boleh paksa siapa jodoh kita,” katanya.

Intan ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Cinta jenama mewah Lady of Leisure diasaskan oleh Dada Herzoq Al-Attas di Kuala Lumpur, semalam.

Lumrah sebagai anak seni, pelakon Suamiku Mr Blind itu mengakui sudah lali dengan cakap-cakap warganet.

Ditanya adakah suaminya meletakkan batas untuk berlakon selepas bergelar isteri, Intan hanya mampu tersenyum.

“Buat masa ini dia tidak cakap apa-apa.

“Ya, kami baru berkahwin, tapi saya sebagai isteri kena faham dan letak batasan.

“Saya sendiri akan bersuara sekiranya ada pengarah atau produksi meminta yang bukan-bukan sebelum suami bersuara,” tambahnya.

Terdahulu, Intan selamat bernikah dengan ahli perniagaan tersebut pada 24 Ogos lalu.

Pada majlis itu, Intan menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 serta wang hantaran bernilai RM222,000.

Angka itu diambil sebagai simbolik kepada tempoh perkenalan pasangan dua sejoli itu yang masuk tahun kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya