JIM selamatkan 12 lelaki warga India, mangsa 'sindiket Dudley'

JIM selamatkan 12 lelaki warga India, mangsa ‘sindiket Dudley’

RUSLIN JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menyelamatkan 12 lelaki warga India yang menjadi mangsa sindiket penyeludupan dan pemerdagangan manusia berpusat di Sarawak.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, kesemua mangsa diselamatkan dalam operasi dikenali Op Dudley antara 19 hingga 22 Ogos lalu.

Beliau berkata, operasi disertai Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya serta JIM Sarawak itu turut menahan lima lelaki termasuk dalang sindiket dikenali ‘Dudley’ berusia 40 tahun yang juga warga tempatan.

“Siasatan mendapati, Dudley dibantu empat lelaki warganegara India berumur antara 25 hingga 40 tahun dan sindiket dikesan beroperasi sejak Mei tahun lalu.

“Berdasarkan maklumat, mangsa perlu membayar sekitar RM20,000 hingga RM25,000 seorang kepada sindiket untuk menguruskan kemasukan ke Malaysia.

“Modus operandi sindiket adalah menjanjikan pekerjaan di atas kapal kepada mangsa yang akan dibawa ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membolehkan mangsa mendapat penerbangan ke Miri dan Sibu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, operasi turut merampas wang tunai sebanyak RM600, 75 pasport India, tujuh pasport Indonesia, tiga pasport Myanmar, empat komputer riba, sebuah Toyota Land Cruiser, sebuah Honda City dan sebuah Suzuki Vitara.

Ruslin berkata, dalang utama sindiket direman selama tujuh hari, manakala empat warga India ditahan di Depot Imigresen Semuja.

Menurutnya, mereka semua ditahan untuk disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

“Sementara itu, kesemua mangsa yang diselamatkan ditempatkan di rumah perlindungan mangsa ATIPSOM,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya