PETALING JAYA: Pihak pengurusan syarikat Jet Valet Sdn. Bhd. mengesahkan menerima laporan berhubung nahas pesawat milik syarikat itu yang terhempas di lebuhraya Guthrie, berdekatan bandar Elmina, Sungai Buloh, Selangor, hari ini.
Jet Valet dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak berkuasa mengenai tragedi itu.
“Pihak Jet Valet akan memberi sepenuh komitmen dan kerjasama kepada pihak berkuasa mengenai indisen melibatkan pesawat ini.
“Pada masa ini, kami tidak dapat mengesahkan sebarang butiran lain secara rasmi termasuk kemalangan jiwa kerana menunggu pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa,” katanya. -UTUSAN