Jenazah Sharipuddin tiba di Masjid Sultan Hisamuddin, BBST

[VIDEO] Jenazah Sharipuddin tiba di Masjid Sultan Hisamuddin, BBST

ANAK Allahyarham Sharipuddin Shari Nur Izzara Arissya, 9 tidak dapat menahan sedih sebaik tiba jenazah ayahnya di Masjid Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), Sepang. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Jenazah pemandu e-hailing, Allahyarham Sharipuddin Shaari, 51, yang maut dalam nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu tiba di Masjid Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) di sini untuk disolatkan sekali lagi.

Van yang membawa jenazah Allahyarham Sharipuddin tiba pada pukul 12.17 tengah hari dengan diiringi kenderaan polis pengiring dan kemudiannya disambut oleh saudara-mara, kenalan termasuk penduduk setempat.

Turut mengiringi jenazah dari Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang adalah isterinya, Suriana Muda.

 

JENAZAH Allahyarham Sharipuddin Shaari, 51, yang maut dalam nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu tiba di Masjid Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), Sepang. – UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI

Imam rawatib Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Ustaz Saudi Jusoh mengimamkan solat jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan yang terletak berhampiran masjid bagi urusan pengebumian.

Terdahulu, sebelum dibawa pulang ke lokasi pengebumian masing-masing, kesemua jenazah dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang untuk diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan solat jenazah.

Kesemua sembilan jenazah nahas pesawat Beechcraft Model 390 diserahkan kepada waris dan ahli keluarga bermula pukul 9 pagi hari ini melibatkan juruterbang, Shahrul Kamal Roslan berusia 41 tahun dan pembantunya, Heikal Aras Abdul Azim (45).

Turut diserahkan adalah jenazah enam penumpang pesawat iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun (53); Muhammad Taufik Mohd. Zaki (37): Khairil Azwan Jamaludin (43), Shaharul Amir Omar (49); Mohammad Naim Fawwas Mohamed Muaidi (35) dan Idris Abdul Talib @ Ramali, 41.

Semalam, pekerja p-hailing, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32, merupakan jenazah pertama nahas pesawat itu yang dituntut ahli keluarganya pada pukul 9.30 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya