Jarak 2 marhalah atau 81 km untuk qasar solat bagi musafir

Jarak 2 marhalah atau 81 km untuk qasar solat bagi musafir

JABATAN Mufti Johor menetapkan syarat sah solat jamak dan qasar adalah sejauh 81 kilometer.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Mufti Johor mengesahkan bahawa syarat sah untuk menunaikan ibadah solat jamak dan qasar serta hukum-hukum fiqh lain yang memberi keringanan atau rukhsah adalah sejauh 81 kilometer.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, perkara tersebut telah ditetapkan sejak 25 April tahun lalu.

MOHD. FARED MOHD. KHALID

“Saya difahamkan sedang tular pernyataan tentang kadar terkini jarak marhalah bagi membolehkan rukhsah solat dilaksanakan di negeri Johor.

“Suka saya menjelaskan bahawa ketetapan jarak marhalah tersebut telah pun mula dilaksanakan bagi negeri Johor sejak 25 April 2022 lagi berdasarkan Fatwa Negeri Johor. Bermakna ia bukanlah terkini.

“Keputusan itu selaras dengan keputusan jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-118 bertarikh 16-17 Februari 2021,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, ketetapan berkenaan diputuskan selepas melihat dan membahaskan persoalan tersebut dengan teliti daripada pelbagai sudut.

“Adalah ditetapkan bahawa penentuan kadar dua marhalah bagi para musafir untuk menunaikan ibadah solat jamak dan qasar serta hukum-hukum fiqh lain yang memberi keringanan (rukhsah) adalah 81 kilometer,” tambahnya.

Sebelum ini tular kenyataan berkenaan fatwa terkini qasar solat di negeri ini sehingga mengelirukan orang ramai yang menyangka itu merupakan ketetapan terbaharu kerajaan negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya