Janganlah terjah terus - Utusan Malaysia

Janganlah terjah terus

FAZTIVAL Fazura 2022 menghimpunkan nama besar Malaysia dan Indonesia di atas satu pentas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBENARNYA, Cik Bunga suka dengan perubahan baik pelakon versatil kita yang seorang ini, Fazura, sejak dia dah bertudung dan gemar mengenakan pakaian yang longgar-longgar, sesuai dengan imej seorang Muslimah moden.

Bukan saja dari segi penampilan, tetapi rasa Cik Bunga , Fazura sekarang pun semakin manis dalam pertuturannya, menjaga tingkah lakunya.

Pendek kata, banyak lah perubahan baik pada dirinya yang Cik Bunga suka tengok sekarang. Cakap pasal Fazura, baru-baru ini, Cik Bunga ada ternampak Fazura memuat naik satu luahan hati yang menyentuh mengenai ketidakselesaannya dengan kerenah peminat ketika mahu mengajaknya bergambar.

Bila Cik Bunga teliti, ada betulnya apa yang diluahkan oleh Fazura itu. Dia tak selesa bila ada kalangan peminat yang main terjah saja atau menariknya untuk bergambar.

Kata Fazura, dia rasa lebih manis jika dia disapa dengan salam dahulu sebelum nak bergambar. Bukan terus hulur telefon.

Kalau terjadi pada Cik Bunga pun, kita rasa tak selesa. Iyalah, entah datang dari mana, tup tup hulur telefon mahu bergambar.

Memanglah Fazura itu artis, figura awam, tetapi, dia pun manusia biasa juga. Mahunya tak terkejut bila ada orang datang terjah dan bergambar. Betul lah kata Fazura, biarlah beradab.

Jadi selepas ini, peminat pun kena ambil iktibar juga. Jangan terus terjah, berbudi bahasalah sikit. Fazura mesti tak akan hampakan peminatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya