Jangan semua benda nak dipolitikkan - Ahmad Zahid

Jangan semua benda nak dipolitikkan – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi bersalaman bersama pemain pada Kejohanan Bola Sepak Piala Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: “Dia ni gila ke apa?” soal Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas itu yang mungkin akan mencadangkan logo dan tema lain Hari Kebangsaan di empat negeri di bawah PN nanti.

Menurutnya, beliau tidak mahu soal patriotisme seperti logo dan tema Hari Kebangsaan itu dipolitikkan.

“Ini bukan soal politik sebaliknya soal bendera dan perayaan Hari Kebangsaan adalah agenda nasional. Jadi, saya fikir jangan dipolitikkan perkara ini.

“Saya fikir dia tidak layak jadi Ahli Parlimen kalau sikapnya yang jumud (berfikiran sempit) begitu,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi 2023 di sini, hari ini.

Katanya, beliau menasihatkan Ahmad Fadhli supaya tidak mempolitikkan semua perkara termasuk perayaaan Hari Kebangsaan.

Sebelum ini, Perikatan Nasional (PN) mencadangkan tema dan logo Hari Kemerdekaan Ke-66 yang berbeza dengan seperti diumumkan Kerajaan Perpaduan.

Menurut Ahmad Fadhli, tema yang dipilih adalah ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’ selaras dengan usaha menyemarakkan lagi semangat patriotik dan memekarkan kecintaan rakyat terhadap negara.

Katanya, logo itu berasaskan bunga raya memaparkan empat warna dalam Jalur Gemilang iaitu biru, putih, kuning dan merah.

Pada Mei lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dengan mengangkat Malaysia Madani sebagai logo rasmi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya