Jangan heret institusi sami dan agama Buddha dalam politik

Jangan heret institusi sami dan agama Buddha dalam politik

BOON SOM INONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Masyarakat Siam yang beragama Buddha kesal dan mengecam kenyataan oleh pemimpin Pas berkaitan minuman beralkohol dalam agama itu ketika siaran langsung sebuah rancangan debat, malam tadi.

Presiden Dewan Perniagaan Bumiputera Siam Malaysia, Datuk Seri Boon Som Inong berkata, kenyataan dibuat oleh Ahli Parlimen Bachok, Mohd. Syahir Sulaiman itu amat keterlaluan, tidak sensitif dan tidak menghormati institusi dan agama Buddha.

Katanya, kenyataan itu tidak benar sama sekali kerana larangan minum arak adalah antara ajaran dasar moral agama Buddha yang dikenali sebagai Pancasila (Lima Sila) dan terkandung di dalam Kitab Tripitaka iaitu kitab suci agama itu.

“Mohd. Syahir telah membuat kenyataan bahawa ‘sami Buddha menyebutkan minum arak dibolehkan dalam agama Buddha’ tapi Sila kelima di dalam Pancasila menyatakan menahan diri daripada meminum minuman memabukkan.

“Kenyataan itu telah melukakan hati dan menimbulkan kemarahan masyarakat Siam dan penganut agama Buddha di negara ini dan merupakan satu penghinaan kepada institusi sami dan penganut agama itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kenyataan itu adalah percubaan untuk mengheret institusi sami dalam kancah politik, sedangkan sami sebenarnya adalah institusi yang suci pada sisi agama Buddha kerana ia institusi yang neutral dan tidak mempunyai sebarang kepentingan politik.

“Kami percaya setiap agama mengajar pengikutnya melakukan kebaikan dan menghindari kemungkaran. Setiap agama melarang pengikutnya menghina, mencaci, memfitnah, memaki hamun dan mencarut.

“Kami juga menyeru supaya seluruh rakyat mengamalkan sikap saling memahami dan menghormati antara satu sama lain kerana ia asas kepada perpaduan masyarakat dalam negara berbilang kaum dan bangsa seperti Malaysia,” katanya.

Oleh itu, Mohd. Syahir didesak memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Siam serta menarik balik kenyataan beliau dan jika enggan berbuat demikian, laporan polis akan dibuat terhadapnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya