Jalur Gemilang berkibar di Masjid Tuminah Hamidi

Jalur Gemilang berkibar di Masjid Tuminah Hamidi

PENGUNJUNG bergambar di laluan masuk ke Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk yang dihiasi Jalur Gemilang. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMERIAHAN sambutan Hari Kebangsaan tahun ini turut dirasai oleh pengunjung yang melawat Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk yang dihiasi Jalur Gemilang.

Ini menambahkan lagi keterujaan orang ramai yang melawat masjid tersebut, yang juga dikenali masjid terapung yang dibina di tepi Sungai Perak.

Mereka yang melawat masjid tersebut tidak melepaskan peluang merakam gambar dan video suasana masjid yang dihiasi dengan Jalur Gemilang.

Kunjungan pelawat semakin meningkat semasa musim cuti sekolah ketika ini, sekali gus menjadikan masjid itu antara tumpuan pelancong di daerah Bagan Datuk.

Masjid Tuminah Hamidi mampu menampung 5,000 jemaah pada satu-satu masa, mula dibina pada 2017 dan dinamakan nama ibu bapa Ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Masjid yang terletak di pekan Bagan Datuk yang menjadi daya tarikan baharu daerah tersebut, turut memiliki dataran terbuka dan dewan serbaguna yang boleh diadakan pelbagai acara, selain bilik pameran dan persidangan dua tingkat.

Difahamkan, ia menjadi masjid terapung keempat yang dibina di Perak selepas Masjid An-Nur Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh, Masjid al-Badr atau dikenali juga sebagai Masjid Seribu Salawat di Pulau Pangkor dan Masjid Kampung Telaga Nenas, Ayer Tawar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya