Jajaran rel ke Sungai Pelek dari KLIA antara janji Kian Keong

Jajaran rel ke Sungai Pelek dari KLIA antara janji Kian Keong

LWI Kian Keong (tengah duduk depan) ketika mengumumkan manifesto kerusi Sungai Pelek pada ceramah di Sepang. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Sungai Pelek, Lwi Kian Keong berhasrat mahu dibina jajaran kereta api baharu yang bakal menghubungkan kawasan berkenaan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Ia antara manifesto calon kerusi N.56 itu yang meliputi 18 perkara dan diumumkan ketika Forum Kopitiam di sini bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu ini.

Minggu lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut memaklumkan rancangan kerajaan negeri itu memperluaskan jajaran tren baharu ke beberapa daerah termasuk ke Sungai Pelek dan Tanjung Sepat dengan KLIA yang akan membentuk Koridor Perkhidmatan Rel di Wilayah Pantai Barat Selangor.

Selain itu, beliau membayangkan projek jajaran kereta api terkini dibina dari stesen Klang ke Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam yang belum ada landasan tren.

Kian Keong berkata, manifesto tersebut juga selaras dengan pelan Kerajaan Selangor dalam aspek pembinaan prasarana jaringan tren di seluruh negeri itu sekali gus mampu merancakkan trend pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat dan kesan rantaian limpahannya.

“Dari sini, mereka boleh pergi ke pantai peranginan Bagan Lalang yang cukup terkenal dalam kalangan pelancong termasuk penggemar makanan laut kerana harganya berpatutan selain boleh menikmati panorama indah laut dan matahari terbenam.

Justeru, beliau berharap rancangan pembinaan rel kereta api itu dapat direalisasikan kerana ia akan memberi alternatif perjalanan kepada para pengguna berbanding jalan raya.

Pelancong asing tiba di KLIA jelasnya, boleh terus ke Sungai Pelek dan Tanjong Sepat dengan merasai pengalaman unik menaiki tren yang lebih cepat, selesa serta selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya