Jabatan Hal Ehwal Agama beri perhatian isu berkait kepentingan umat Islam - Utusan Malaysia

Jabatan Hal Ehwal Agama beri perhatian isu berkait kepentingan umat Islam

MOHD. Na'im Mokhtar pada Majlis Penutupan dan Pengurnian Hadiah MTHQA di Dewan Merdeka, WTCKL. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan sentiasa memberikan perhatian dan menyantuni isu-isu berkaitan kepentingan umat Islam dengan penuh berhemah dan berhikmah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar menegaskan, pihaknya akan sentiasa memelihara dan menjaga kedudukan agama Islam seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu komited dan bersungguh-sungguh melaksanakan agenda Membangun Malaysia Madani bagi membentuk kesejahteraan masyarakat yang menjadi nilai teras Masyarakat Madani.

“Al-Quran telah membentangkan pelbagai formula Rabbani untuk memperkukuh kesatuan dan perpaduan dalam konteks bernegara.

“Memupuk perpaduan dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama tidak mudah. Namun, ia adalah tanggungjawab yang mesti dilaksana dengan penuh beramanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada Majlis Penutupan dan Pengurnian Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63 1445H/2023 M di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) malam ini.

Mohd. Na’im berkata, konsep Malaysia Madani digarap dan dijadikan sebagai pelantar untuk masyarakat terus mengorak langkah memperkukuh rasa kebersamaan dan saling berukhuwwah.

Katanya, Pelan Transformasi al-Falah turut dibangunkan sebagai inisiatif untuk bersama-sama mendokong dan merealisasikan gagasan Malaysia Madani.

“Oleh yang demikian, program-program penghayatan Al- Quran seperti MTHQA yang sudah memasuki edisi kali ke-63 ini, akan sentiasa diangkat menjadi acara rasmi di peringkat negara.

“Program-program pembangunan insaniah berteraskan Al-Quran akan sentiasa diimarah serta diperkasakan demi kepentingan umat Islam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya