Itulah dia, Sharifah Sakinah… - Utusan Malaysia

Itulah dia, Sharifah Sakinah…

sharifah sakinah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OH! Nampaknya kita dah tiba ke musim Minggu Fashion Show. Maka, kita semua pun boleh tengoklah ramai kalangan artis dan pempengaruh tempatan tampil ke acara-acara itu.

Tengok di media sosial saja pun dah cukup. Bukan main lagi masingmasing bergaya. Jangan salah sangka, Cik Bunga pun suka tengok orang bergaya dan berfesyen.

Cuma kalau boleh, usahlah berfesyen keterlaluan sampai kemudiannya mengundang kecaman orang. Apa lagi kalau sah-sah diri itu seorang Muslim.

Cik Bunga tak nafikan, tumpang berbulu mata juga tengok segelintir artis yang hadir ke acara fesyen dengan pakaian yang mencolok mata. Wow! Terpaling Hollywood lah itu agaknya.

Paling menjadi perhatian ialah pelakon, Sharifah Sakinah. Kalangan netizen sudah ramai yang membualkan mengenai penampilannya ke pentas peragaan baru-baru ini.

Tetapi, satu benda yang Cik Bunga mahu katakan, itulah dia Sharifah Sakinah.

Walau sudah ‘ditarbiyah’, dinasihat banyak kali, ditegur oleh peminat dan sebagainya, begitu jugalah Sakinah, tidak lut dengan segala nasihat yang diberikan dan dia memang selesa menjadi dirinya sendiri sedemikian rupa.

Cik Bunga percaya, keluarganya pun sudah berbuih mulut memberi nasihat yang serupa mengenai imejnya.

Tetapi, hak dan keinginan untuk berubah itu harus datang dari dirinya sendiri. Seksikah, mencolok matalah, itu memang Sakinah.

Kita semua sudah tak boleh nak ubah dia jika sekadar beri teguran dari jauh. Dirinya sendiri kena ada keinginan itu. Tak apalah, doakan saja yang baik-baik buat Sakinah jika benar sayangkan dia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya