Ira Kazar jadi model tudung, ramai kecam Aliff Syukri

Ira Kazar jadi model tudung, ramai kecam Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof, Ira Kazar dipilih menjadi model tudung baharu keluaran jenama milik usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Ira memuat naik hantaran di Instagram Story yang memperlihatkan dirinya sedang menjalani sesi fotografi dengan mengenakan tudung berwarna cerah di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan secara terperinci.

Menerusi perkongsian itu, Aliff Syukri memperkenalkan Ira sebagai model baharu bagi tudung yang akan muncul di pasaran tidak lama lagi.

“Ini di sebalik tabir sesi fotografi untuk koleksi tudung baharu kami bersama Ira Kazar yang akan keluar tidak lama lagi,” kata Aliff menerusi video yang diulang siar oleh Ira.

Sementara itu, tinjauan di Instagram rasmi milik Aliff mendapati usahawan itu memperkenalkan Ira sebagai model tudung dan gincu menerusi hantaran terkini dalam media sosial tersebut.

Bagaimanapun, hantaran itu mengundang kecaman ramai yang mempersoalkan tindakan Aliff mengambil Ira sebagai model.

“Selalu ambil model wanita teraniaya. Sudah kenapa sekarang ambil model perempuan yang menganiaya orang?” soal pelayar internet.

“Maaf, saya tak sokong produk Datuk kali ini,” luah warga maya.

“Strategi murahan Datuk berjaya menarik perhatian saya untuk mendapat dosa kering malam ini. Ira walaupun isteri sah dan sudah dimekap, tapi kenapa muka tak bahagia dan tiada seri ya bila dimekap?

“Padahal mekap itu okey sahaja. Mungkin sebab saya benci tengok dia, jadi semua pun saya tak suka, tudung pun senget,” sindir pengguna media sosial.

Untuk info, Ira sah bergelar isteri kepada Syamsul pada 5 Januari lalu, selepas pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berkongsi sendiri berita berkenaan menerusi sepotong video dalam Instagramnya.

Susulan itu, Puteri Sarah yang masih isteri pertama Syasmul ketika itu bertindak memfailkan penceraian sebelum sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya