Ipoh tuan rumah mesyuarat IMT-GT

Ipoh tuan rumah mesyuarat IMT-GT

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bandaraya Ipoh menjadi tuan rumah bagi pertemuan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) yang diadakan esok bagi membincangkan jaringan kerjasama ketiga-tiga negara dalam menjayakan pelan tindakan inisiatif hijau. 

Dua mesyuarat penting melibatkan Majlis Dato Bandar Bagi Bandar Hijau (GCMC) Ke-6 dan Mesyuarat Majlis Hijau (GCM) Keenam diadakan sempena pertemuan dua hari yang dihadiri ketua-ketua delegasi ketiga-tiga negara berjiran itu. 

Ketua-ketua delegasi juga dijadual mendengar pembentangan oleh wakil Bank Pembangunan Asia (ADB) berhubung Pemangkin Kemudahan Kewangan Hijau ASEAN (ACGF) yang bertujuan memudahkan pembiayaan bagi pembangunan inisiatif hijau di negara-negara peserta. 

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pertemuan tersebut dijangka membincangkan laporan, cadangan dan input GCMC dan GCM berkaitan komitmen ketiga-tiga negara dalam mengarusperdanakan pembangunan bandar mampan di seluruh bandar negara peserta. 

“Pertemuan ini juga penting bagi kita mengukuhkan jaringan kerjasama dalam tindakan iklim, promosi amalan pengeluaran hijau dan memanfaatkan kemahiran serta pengetahuan entiti swasta untuk mempercepat pelaksanaan Kerangka Pembangunan Bandar Mampan (SUDF). 

“Pada masa yang sama, dua mesyuarat yang diadakan sempena pertemuan ini diharap dapat memperkukuh perkongsian dan kerjasama merentasi koridor ekonomi yang lebih luas demi manfaat bersama,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mengulas lanjut, Saarani berkata, hasil perbincangan dalam pertemuan berkenaan dijangka diumumkan dalam Forum Ketua Menteri dan Gabenor IMT-GT yang dijadual berlangsung pada 27 September ini di Batam, Indonesia. 

Tambah beliau, pemilihan Ipoh sebagai tuan rumah mesyuarat kali ini juga amat signifikan dalam kesiapsiagaan Perak untuk menjayakan Tahun Melawat Perak 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya