Intan Najuwa bergelar isteri, hantaran RM222,000 - Utusan Malaysia

Intan Najuwa bergelar isteri, hantaran RM222,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pelakon, Intan Najuwa selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman, 39, dengan sekali lafaz pada pukul 6.45 petang tadi.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd Wahid, 26, selamat dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Datuk Dr. Nooh Gadot.

Dalam majlis yang bertemakan empat unsur alam ini, pelakon Tak Sempurna Mencintaimu menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan juga hantaran bernilai RM222,000. Angka dua menjadi pilihan sebagai lambang tempoh perkenalan antara mereka.

“Alhamdulillah, saya bersyukur segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Doakan yang terbaik buat kami berdua dalam melayari rumah tangga.

“Walaupun sudah bergelar isteri, Intan akan terus menyambung karier lakonan serta mengutamakan juga pengajian Intan serta bisnes Intan sekarang.

“Intan juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang diberi seawal kerjaya Intan sehingga hari ini,” kata pelakon drama Tak Sempurna Mencintaimu itu.

Kedua mempelai tampil memakai dua busana rekaan pereka fesyen terkenal, Fizi Woo yang bernilai RM 40,000 bagi sesi pernikahan dan Teh Firdaus bagi bersanding dan acara potong kek dan ditatarias oleh jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa.

Majlis serba indah itu berlangsung secara sederhana dan dihadiri kira-kira 150 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat,selebriti dan juga pihak media.

Segala persiapan telah pun berlangsung selama sebulan dan pemilihan tarikh 18 Ogos ini merupakan tarikh signifikan yang juga adalah tanggal kelahiran Intan Najuwa.

Majlis resepsi kedua bertemakan tradisional bakal berlangsung di Rimbunan Event Space, Johor Bahru, malam esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya