Inisiatif manfaat kesihatan KGC golongan warga emas di Sarawak

Inisiatif manfaat kesihatan KGC golongan warga emas di Sarawak boleh diguna 2024

FATIMAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pemegang kad Kenyalang Gold Card (KGC) akan dapat memanfaat pemeriksaan kesihatan percuma yang dijangka akan diperkenalkan pada tahun 2024, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Dedah Fatimah inisiatif itu telahpun dipersetujui bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, namun perlu diperhalusi mekanisme sebelum mula diguna pakai tahun depan.

“Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari) juga sudah memaklumkan tentang manfaat kesihatan untuk warga emas ini melalui KGC, niatnya memang sudah ada tetapi mekanisma untuk bagaimana kita hendak melaksanakannya perlu diperhalusi lagi.

“Insyallah ia akan dapat dilaksanakan pada tahun 2024, kerana beberapa perkara melibatkan bajet dan sebagainya perlu dibentangkan dalam MMKN. Namun ia hanya akan dibentangkan selepas Premier Sarawak balik daripada lawatan kerjanya di negara Eropah,” jelas Fatimah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas hadir menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian (MOA) antara KPWK dan Swinburne Sarawak Sdn Bhd berhubung Kajian Indeks Kesejahteraan Sosial Sarawak di sini hari ini.

Tambah Fatimah, inisiatif berkenaan adalah bertujuan bagi bantu golongan warga emas mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan bagi mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu di fasiliti kesihatan yang lain.

Sementara itu dalam MOA yang ditandatangani antara Swinburne Sarawak Sdn Bhd dengan KPWK ia adalah bertujuan memantapkan lagi kesejahteraan sosial secara inklusif di Sarawak.

Selain itu, ia bertujuan bagi menajalankan kajian sosial dan menganjur aktiviti-aktiviti bagi menangani isu dan masalah sosial.

“Melalui kajian yang dikendalikan, kementerian mendapat input berasaskan yang mempengaruhi penggubalan dasar sosial, membangun program dan melaksanakan intervensi sosial yang bersasar serta inklusif bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti dan seterusnya kesejahteraan sosial rakyat Sarawak,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya