KUALA LUMPUR: Usahawan dan hos, Noor Neelofa Mohd. Noor, 34, menolak spekulasi mengaitkan bayi yang muncul dalam sebuah video yang tular baru-baru ini sebagai anaknya, Abdullah Abbas.
Penafian itu dibuat Neelofa menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagramnya, baru-baru ini.
“Ini bukan baby Abbas… jangan salah faham guys,” tulisnya.
Semalam sebuah rakaman memaparkan seorang bayi tular di media sosial apabila netizen berspekulasi kononnya bayi adalah anak kedua Neelofa, Abdullah Abbas.
Neelofa dan suaminya yang juga pendakwah bebas, Haris Ismail, 28 berkahwin pada Mac 2021. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata termasuk Muhammad Bilal.