Infineon bina kilang terbesar dunia di Kulim - PM

Infineon bina kilang terbesar dunia di Kulim – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Infineon Technologies AG (Infineon) mengumumkan rancangan syarikat untuk membina kilang di Kulim, Kedah bagi mengeluarkan 200mm Power Fab SiC (silicon carbide) terbesar di dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Infineon akan membuat pelaburan tambahan sebanyak €5 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang dalam fasa kedua pembinaan modul 3.

“Saya mengalu-alukan pengumuman pelaburan daripada Infineon yang membuktikan kepercayaan mereka terhadap Malaysia.

“Pengumuman ini adalah lanjutan daripada perbincangan saya dengan pihak syarikat iaitu Ketua Pegawai Operasi, Dr. Rutger Wijburg, pada 24 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sejak lima dekad lalu, Infineon menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab
penting dalam pembuatan fabrikasi wafer di Kulim dan melaksanakan aktiviti
pembungkusan semikonduktor cip di Batu Berendam, Melaka.

Jelasnya, keyakinan berterusan Infineon terhadap ekosistem pelaburan Malaysia
mencerminkan kedudukan Malaysia yang penting dalam rantaian bekalan
semikonduktor global.

“Ia menjadi pelengkap kepada Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dan Pelan Induk
Perindustrian Baharu iaitu menarik pelaburan berteknologi tinggi dan bernilai
tinggi bagi menyokong ekonomi global dan domestik.

“Pengumuman ini juga selaras dengan gagasan Ekonomi Madani yang mensasarkan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya