Hutang dipercayai punca wanita bergaduh dengan sekumpulan individu berhampiran restoran - Utusan Malaysia

Hutang dipercayai punca wanita bergaduh dengan sekumpulan individu berhampiran restoran

TANGKAP layar video yang tular di laman sosial awal pagi tadi berkenaan kejadian perang mulut dan tolak menolak antara seorang wanita serta beberapa individu lain dipercayai berpunca isu hutang berhampiran sebuah restoran di Bukit Tengah, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Masalah hutang dipercayai menjadi punca seorang wanita terlibat dalam pergaduhan dengan sekumpulan individu lain yang diketuai seorang lelaki berhampiran sebuah restoran di Taman Sri Mutiara, Bukit Tengah, di sini, awal pagi tadi.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, rakaman video mengenai kejadian itu tular di laman sosial Twitter kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

TAN CHENG SAN

Katanya, dalam kejadian itu, mangsa seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an mendakwa telah dihampiri oleh suspek iaitu seorang lelaki tempatan bersama beberapa individu lain.

Cheng San berkata, suspek yang berusia lewat 20-an itu kemudian memaksa mangsa untuk membuat rakaman video melalui telefon bimbitnya dan mengaku wanita itu telah berhutang sejumlah wang dengannya.

“Akibat tindakan itu, telah berlaku pertengkaran mulut dan tolak menolak antara mangsa dengan suspek.

“Ekoran kejadian itu juga, kedua-dua mereka (mangsa dan suspek) telah tampil untuk membuat laporan polis,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Cheng San, kes disiasat di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya