Hujan tidak halang calon PH, Bebas mengundi di Sungai Pelek

Hujan tidak halang calon PH, Bebas mengundi di Sungai Pelek

LWI Kian Keong ketika mengundi untuk kerusi Sungai Pelek di Sekolah Kebangsaan Salak, Sepang. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Hujan lebat turun seawal pukul 8.30 pagi ternyata tidak menghalang calon dari Pakatan Harapan (PH) kerusi Sungai Pelek, Lwi Kian Keong keluar untuk mengundi.

Beliau yang tiba di Sekolah Kebangsaan Salak di sini pukul 9.30 pagi menunaikan tanggungjawab tersebut ketika situasi hujan mulai renyai-renyai.

Calon berkenaan yang kebetulan baru sahaja meraikan ulang tahun ke-48 pada Selasa lalu itu kemudian menuju lokasi pengundian di saluran empat selepas proses semakan.

Bekas Ahli Majlis Perbandaran Sepang tersebut selesai mengundi 15 minit kemudian dan selepas itu menyantuni pengundi di beberapa lagi saluran lain sebelum beredar pulang.

Sekolah berkenaan yang mengandungi 11 saluran merupakan antara 14 pusat mengundi di Sungai Pelek telah ditetapkan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor pada hari ini.

Bercakap kepada pemberita, Kwi Keong kekal optimis dengan sambutan pengundi ketika tinjauan di situ selain berterima kasih kepada petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Insya-Allah, berdasarkan maklum balas positif penduduk sehingga semalam, saya yakin dapat mempertahankan kedudukan PH di kerusi ini yang menang sejak 2013,” jelasnya.

Dalam pada itu, calon Bebas tunggal, Datuk Seri Nageswaran Ravi pula mengundi di saluran tujuh, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Wah Lian di Pekan Sungai Pelek.

Ahli perniagaan itu pernah bertanding sebagai mewakili Parti Rakyat Malaysia bagi kerusi Parlimen Sepang ketika Pilihan Raya Umum ke-15 pada akhir tahun lalu namun tewas

Sementara itu, seorang lagi calon, Datuk Suhaimi Ghazali dari Perikatan Nasional (PN), dilaporkan mengundi di sebuah sekolah di Cyberjaya yang terletak dalam kerusi Dengkil.

Sungai Pelek yang mula dibentuk oleh SPR pada 1974 lalu ketika ini memiliki lebih 30,000 pengundi berdaftar dengan hampir 60 peratus daripadanya merupakan kaum Melayu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya