Hospital Parit Buntar sambut seorang bayi merdeka - Utusan Malaysia

Hospital Parit Buntar sambut seorang bayi merdeka

SITI Rohana Samsudin (tengah) memangku bayi lelakinya yang dilahirkan pada sambutan Hari Kebangsaan di Hospital Parit Buntar hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Hospital Parit Buntar di sini menyambut kelahiran seorang bayi merdeka yang dilahirkan pada pukul 5.09 pagi ketika negara meraikan sambutan ulang tahun Hari Kebangsaan ke-66.

Bayi lelaki itu merupakan anak ketiga kepada pasangan Siti Rohana Samsudin, 34, dan  suaminya, Mohd Shanizam Mat Shah, 36.

Setakat pukul 11 pagi, hanya bayi itu yang dilahirkan ketika negara meraikan Hari Kebangsaan di hospital tersebut.

Menurut pasangan suami isteri itu, mereka gembira apabila anak mereka dilahirkan ketika sambutan Hari Kebangsaan.

“Ini merupakan satu anugerah Allah yang amat istimewa buat kami, bukan semua orang diberikan kelebihan mendapat anak yang lahir pada tarikh peristiwa penting dalam negara.

“Walaupun sudah ada senarai nama, kami belum membuat keputusan untuk memberikan nama anak kami ini, mungkin setelah keluar dari wad barulah kami buat keputusan,” katanya.

Hospital yang sama turut menyambut kelahiran seorang bayi perempuan sebelum pukul 12 tengah malam semalam.

Ibu kepada bayi perempuan itu yang merupakan seorang guru, Asma Shaidi, 32, berkata, dia melahirkan anak ketiganya kira-kira dua jam sebelum sambutan ambang merdeka semalam.

“Walaupun tidak melahirkan anak pada 31 Ogos namun saya tetap bersyukur kerana bayi perempuan saya lahir ketika ambang merdeka.

“Kelahiran ini adalah kali ketiga dan kini mempunyai dua orang cahaya mata kerana anak kedua saya meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri menyampaikan hamper kepada ibu bayi merdeka di hospital tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya