JOHOR BAHRU: Seramai 2,500 penduduk Pangsapuri Desa Melayu di sini terpaksa ‘menutup hidung’ selama bertahun-tahun selepas berlaku limpahan air kumbahan berpunca daripada kerosakan loji rawatan kumbahan di kawasan berkenaan. Penduduk mendakwa masalah itu telah berlarutan sejak enam tahun lalu namun tiada tindakan penyelesaian diambil pihak berkuasa untuk mengatasi masalah berkenaan. Kerosakan loji rawatan kumbahan yang terletak kira-kira satu kilometer dari pangsapuri itu telah menyebabkan sistem pembetungan najis di rumah penduduk tersumbat hingga menyebabkan air kumbahan melimpah keluar. Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Pangsapuri Desa Melayu, Mohd. Ali Mohamed Ibrahim berkata, kerajaan negeri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya