Harimau kumbang masuk perangkap - Utusan Malaysia

Harimau kumbang masuk perangkap

HARIMAU kumbang yang masuk perangkap yang dipasang Perhilitan di Perlop 5, Sungai Siput. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT: Kebimbangan penduduk Perlop 5 di sini dengan kehadiran seekor harimau kumbang berakhir apabila haiwan liar itu berjaya ditangkap.

Harimau kumbang jantan seberat 50 kilogram itu memasuki perangkap yang dipasang Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, hari ini.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, perangkap itu dipasang sejak semalam selepas menerima aduan penduduk kampung berkaitan ternakan mereka dibaham haiwan liar.

Katanya, bertindak atas aduan tersebut, anggota Perhilitan telah ke lokasi kejadian dan memasang perangkap bersama umpan anak kambing.

“Pada awal pagi tadi, kita dimaklumkan yang harimau kumbang itu telah pun masuk ke dalam perangkap.

“Anggota Perhilitan digerakkan ke lokasi untuk memeriksa perangkap tersebut dan mendapati haiwan liar itu yang dianggarkan berusia sembilan tahun berada dalam keadaan sihat,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga telah memanggil pihak veterinar dan Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) untuk melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas haiwan berkenaan.

Katanya, operasi menyelamat dan melepaskan akan dijalankan di lokasi sesuai jauh dari penempatan manusia selepas harimau itu disahkan dalam keadaan baik.

“Perhilitan telah menyelamatkan empat harimau kumbang iaitu dua ekor di Gerik dan Sungai Siput tahun ini daripada diancam kepupusan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya