Hari mengundi PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram 9 September

Hari mengundi PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram 9 September

ABDUL Ghani Salleh mengadakan sidang akhbar PRK Pulai dan DUN Simpang Jeram di Menara SPR, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor adalah pada 9 September depan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Ogos, manakala pengundian awal pada 5 September ini.

Beliau berkata, sejumlah 166,653 pemilih terlibat bagi PRK Parlimen Pulai manakala seramai 40,379 bagi DUN Simpang Jeram melibatkan peruntukan sebanyak RM6 juta.

“Bagi menjalankan proses PRK ini, SPR melantik seorang pegawai pengurus pilihan raya dibantu lima penolong pegawai pengurus untuk Parlimen Pulai dan seorang pegawai pengurus dan tiga penolong pegawai pengurus bagi DUN Simpang JEram.

“SPR menubuhkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang turut dianggotai oleh wakil-wakil daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding untuk parlimen dan DUN berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat khas di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya