PETALING JAYA: Semangat patriotik rakyat terutamanya anak muda dilihat semakin ‘suram’ walaupun negara bakal menyambut Hari Kebangsaan esok. Sambutan Hari Kebangsaan pada masa ini dilihat lebih dihargai golongan berusia berbanding dengan anak muda. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, mereka yang sudah berumur lebih beremosi dan ada rasa semangat yang terpahat dalam minda mereka kerana melalui perjuangan kemerdekaan dan membangunkan negara pada era 1957. “Untuk generasi muda hari ini, saya mendapat satu gambaran majoriti mereka tidak begitu memahami signifikan Hari Kebangsaan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya