Hari Kebangsaan 2023: Tak sabar nak tengok ATM, 'abang Bomba', anjing K9 - Utusan Malaysia

Hari Kebangsaan 2023: Tak sabar nak tengok ATM, ‘abang Bomba’, anjing K9

PASUKAN payung terjun membuat terjunan sempena sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Orang ramai yang hadir untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 nyata teruja menunggu perarakan badan beruniform terutamanya membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Seorang penonton, Azureena Mohd Sohi, 38, berkata, dia bersama anak-anak amat menantikan persembahan dan perarakan daripada tiga cabang ketenteraan utama iaitu Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

“Saya datang seawal pukul 2 pagi bersama tiga anak. Semua teruja untuk saksikan persembahan daripada ATM dan juga abang bomba.

“Setiap tahun memang tak pernah ‘miss’ untuk tonton perarakan hari kebangsaan kerana ia sedikit sebanyak menyuntik semangat terutamanya kepada anak-anak,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Dataran Putrajaya hari ini.

Sementara itu, seorang pelajar universiti swasta, Nazatul Liza, 24, berkata, dia bersama rakan-rakan sekuliah tidak sabar untuk menyaksikan perarakan anggota badan beruniform dengan ditemani anjing K9.

“Tak puas untuk hanya tonton di televisyen jadi kami ambil keputusan untuk turun ke dataran dan saksikan sendiri anjing-anjing comel yang mengikuti perarakan,” katanya.

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 bertemakan ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’.

Ini merupakan kali kelima sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Putrajaya iaitu sebelum ini pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.

Sejumlah 10 komponen kontinjen menyertai acara perbarisan dan perarakan pada hari ini iaitu Kenegaraan, Perpaduan Malaysia MADANI, Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif, Komuniti, Sukan Negara, Kesejahteraan dan Keselamatan Negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya