Harap anak-anak selamat, bahagia bawah jagaan Diana - Utusan Malaysia

Harap anak-anak selamat, bahagia bawah jagaan Diana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Saya harap mereka (anak-anak) selamat dan bahagia.”

Itu doa pelakon, Farid Kamil, 42, untuk dua anaknya yang kini berada di bawah jagaan penuh bekas isterinya, Diana Danielle, 32, seperti ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, dekat sini, petang tadi.

Bapa dua anak itu juga mengharapkan dua cahaya matanya sentiasa berada di bawah lindungan dan peliharaan Allah S.W.T.

“Buat masa ini, hanya doa Fi Amanillah (di bawah lindungan Allah) serta saya berharap mereka selamat dan bahagia,” katanya.

Pada masa sama, Farid meluahkan rasa rindu selepas hampir dua bulan tidak bersemuka dan bertentang mata dengan permata hatinya, Muhammad, 10 dan Aurora, 8.

“Kali terakhir saya bertemu mereka adalah sebelum Hari Raya Haji. Sudah tentu rindu (anak-anak) walaupun jalan kita (bekas isteri) sudah berbeza.

“Saya selalu buat panggilan video dan berhubung dengan Muhammad dan Aurora melalui WhatsApp,” katanya.

Ditanya adakah anak-anak mengetahui status penceraian mereka, pelakon utama filem Anwar: The Untold Story itu berkata, dia sudah menjelaskan perkara tersebut kepada anak sulungnya.

“Saya sudah maklumkan kepada Muhammad tentang perkara ini. Saya berharap dia faham dengan situasi sekarang.

“Apa yang lebih penting adalah kesihatan mental dan keselamatan mereka menjadi keutamaan saya,” jelasnya.

Terdahulu, Hakim Syarie, Zulfikri Yasoa menetapkan hak penjagaan penuh dua anak kepada Diana selepas semua tuntutan diselesaikan secara global dan baik antara kedua-dua pihak.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.

Namun pada 10 Ogos lalu, Farid dan Diana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bestari, dekat sini.

Farid melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof menerusi aplikasi Google Meet memandangkan dia mengalami masalah kesihatan kesan akibat jangkitan Covid-19.

Pada 10 Mac lepas, Diana memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, di mahkamah sama.

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu ialah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya