Hadi membuang undi di SK Rusila - Utusan Malaysia

Hadi membuang undi di SK Rusila

ABDUL Hadi Awang (depan) diiringi pegawai memasuki tempat mengundi di SK Rusila, Marang, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Rusila di sini pada pukul 8.26 pagi tadi.

Ahli Parlimen Marang itu tiba di pusat mengundi itu pada pukul 8.17 pagi.

Beliau sempat beramah mesra dengan orang ramai di pusat mengundi itu sebelum membuang undi.

Seramai 4,651 pengundi berdaftar layak membuang undi dengan lapan saluran dibuka bagi melancarkan proses berkenaan.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan calon Pakatan Harapan, Suhaimi Sulaiman.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya