Graduan, pelatih TVET berpeluang teroka teknologi pemeliharaan

Graduan, pelatih TVET berpeluang teroka teknologi pemeliharaan, pemuliharaan alam sekitar China

-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bakat tempatan dalam kalangan golongan graduan pendidikan tinggi dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) kini berpeluang menimba pengalaman teknologi moden dalam konteks pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar melalui Belt & Road Initiatives (BRI) China. 

Ia susulan Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Changsha Environmental Protection College, Hunan, China. 

Menurut Setiausaha Agung PKPB, Mohammad Rizan Hassan, MoU itu dicapai hasil lawatan dan jalinan kerjasama dengan Regulatory Policy and Technology Research Centre of Hunan Protected Area yang beroperasi di Changsha Environmental Protection College. 

Katanya, ia sebagai usaha menyokong hasrat Kerajaan Malaysia memperkasakan sistem pengurusan alam sekitar yang lestari dengan mempunyai polisi yang jelas bagi menangani masalah alam sekitar dengan baik dan mempunyai tindakan kawalan yang berkesan.

“Inisiatif lawatan ini adalah sebagai usaha merancakkan kerjasama Malaysia-China melalui program BRI yang memberi manfaat bukan sahaja kepada pelaburan ekonomi tetapi juga pembangunan sumber manusia.

“Di dalam sesi lawatan ini delegasi di perjelaskan bagaimana pendidikan TVET juga berperanan untuk membantu pembuat dasar kebanyakan wilayah di China khususnya Hunan dalam menghasilkan polisi alam sekitar yang jelas dan berkesan menerusi pelbagai kaedah, teori dan peralatan yang boleh dibangunkan dan digunakan.

“Sebagai contoh, pengumpulan data yang baik, sistem perkongsian maklumat secara berpusat dan pembangunan inovasi terkini untuk kaedah kawalan pencemaran dan penyebaran maklumat bagi mendidik masyarakat. Semua ini menawarkan sokongan untuk proses membuat keputusan, bergantung pada bagaimana ia digunakan,” katanya dalam kenyataan. 

Pada masa sama, Mohammad Rizan berkata, Kerajaan Malaysia hendaklah melihat dengan serius usaha membangunkan kemudahan latihan di Institusi pendidikan tinggi atau institusi TVET berfokuskan kepada pengurusan alam sekitar agar transformasi digital dalam pengurusan alam sekitar yang lebih lestari yang amat diperlukan kini. 

Katanya, ia terutama ketika negara turut berhadapan dengan kesan perubahan iklim yang ketara sehingga menyebabkan kematian serta kerosakan kepada harta benda, infrastruktur dan menjejaskan produktiviti ekonomi negara. 

“Teknologi pendigitalan juga boleh membantu mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar seperti penggunaan tenaga yang menjadi semakin jimat dan cekap kerana teknologi cekap tenaga menjadi lebih bersepadu di rumah, perniagaan, dan pengangkutan. Teknologi ini merangkumi pengurusan tenaga sistem, analisis canggih dan grid pintar.

“Pembangunan teknologi pendigitalan bagi pengurusan alam sekitar ini akan membuka lebih banyak ruang kepada tenaga kerja negara yang lebih baik dalam bidang pembangunan teknologi digital, usahawan teknologi, bioteknologi dan sebagainya seperti yang diharapkan dalam Revolusi Industri 4.0,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya