PETALING JAYA: Glenmarie Hotel & Golf Resort di Shah Alam bakal tampil dengan wajah baharu dan segar selepas mentakrifkan semula landskap hospitaliti dengan menghayati keindahan dan simbolisme bunga rasmi bandar iaitu Renantanda yang juga dikenali sebagai Bunga Anggerik.
Konsep unik itu menjanjikan tetamu yang datang bakal merasakan pengalaman luar biasa dengan mendalami dunia keanggunan bunga dan kemewahan halus di ibu negeri Selangor itu.
Pengurus Besar Glenmarie Hotel & Golf Resort, Christoph Voegeli berkata, dari lobi yang menawan hingga ke bilik tetamu dan suite yang dilengkapi dengan sentuhan elegan, tetamu akan mendapati diri mereka dikelilingi oleh permaidani warna, tekstur dan wangian yang membangkitkan rasa ketenangan dan keindahan semula jadi.
Menurutnya, pihak hotel komited untuk mencipta pengalaman yang luar biasa bagi para tetamu dan pengubahsuaian itu merupakan bahagian penting daripada komitmen itu.
“Semasa penambahbaikan menyeluruh itu yang merangkumi ‘kemas kini’ kepada semua bilik tetamu, kawasan awam dan ruang mesyuarat, hotel ini akan kekal terbuka kepada tetamu.
“Pihak pengurusan juga berusaha untuk meminimumkan sebarang gangguan yang berkemungkinan berlaku pada penginapan mereka ekoran kerja-kerja penambahbaikan itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, tambah Veogeli, jadual pengubahsuaian yang dijadualkan siap menjelang April 2024 telah dirancang dengan teliti bagi mengawal sebarang bunyi bising atau aktiviti pembinaan semasa waktu puncak.
Justeru itu, katanya, dari sudut kemudahan penginapan pula, perhatian khusus diberikan bagi meningkatkan pengalaman dan keselesaan tetamu.
“Dengan perkhidmatan yang sudah tiada tandingannya, penginapan mewah dan kemudahan yang indah, Glenmarie Hotel & Golf Resort bersedia untuk menjadi destinasi utama bagi pengembara yang arif mencari pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan,” ujarnya.
Orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan atau pertanyaan boleh menghubungi talian 603 7802 5200 atau e-me kepadal [email protected] atau layari laman web rasmi mereka iaitu www.glenmarie.com.my. – UTUSAN