Genap setahun Najib dipenjara: Nooryana mahu terus tuntut keadilan

Genap setahun Najib dipenjara: Nooryana mahu terus tuntut keadilan

TANGKAP layat Instagram Nooryana Najwa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hari ini merupakan genap setahun Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani hukuman penjara.

Anak perempuan bekas Perdana Menteri itu, Nooryana Najwa berkata, tempoh setahun itu dianggap proses ketidakadilan yang terus berlaku ke atas bapanya.

Beliau yang juga Exco Puteri UMNO itu berjanji untuk selama-lamanya berada di sisi Najib dalam perjuangan menuntut keadilan.

“Sudah genap setahun sejak DSN (Datuk Seri Najib) dipenjarakan. Atas segala suka duka, sakit hati dan kekecewaan tahun lalu.

“Saya masih kagum dengan komitmen anda untuk sentiasa melakukan perkara yang betul dan memilih jalan yang mulia dalam dunia penipuan dan ketidakadilan yang kompleks.

“Anda pernah memberitahu saya bahawa kepimpinan adalah medan perang, penuh dengan luka dan lebam. Hanya pemikiran strategik dan daya tahan yang boleh menyediakan diri seseorang,” katanya menerusi hantaran di Instagramnya, hari ini.

Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta dikenakan terhadap Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

Dengan keputusan tersebut, Najib mula menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang pada hari yang sama.

Najib kemudiannya memfailkan permohonan untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengekalkan sabitan salah dan hukuman atas alasan antaranya tidak mendapat perbicaraan yang adil dan berlaku konflik kepentingan membabitkan Hakim Tengku Maimun.

Bagaimanapun, Najib gagal dalam permohonannya itu sekali gus ruang dan peluang untuk bebas daripada kesalahan tersebut terkubur.

Keputusan itu dibuat dengan majoriti 4-1 dengan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais dan Hakim Datuk Nordin Hassan menyokong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya