Gelombang PN sangat positif’ sekadar kenyataan politik

‘Gelombang PN sangat positif’ sekadar kenyataan politik – Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan kononnya sambutan penyokong terhadap Perikatan Nasional (PN) di enam negeri pada pilihan raya negeri (PRN) sehingga kini sangat positif, tidak lebih sekadar kenyataan politik.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, beliau sendiri turut menerima sambutan luar biasa daripada rakyat ketika turun berkempen di Kedah, semalam.

“Tak mengapalah, itu kenyataan politik. Saya di Kedah semalam, sambutan luar biasa baik. Kita tak boleh nafikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sebelum ini, Takiyuddin dilaporkan berkata, gelombang PN di enam negeri memberi isyarat jelas Kerajaan Perpaduan akan turun takhta pemerintahan pada ‘Ogos’ nanti.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau yakin pada akhirnya rakyat akan memilih politik yang stabil dan yang menolak pandangan pelampau serta ekstrem selain dapat memacu pertumbuhan ekonomi.

“Perkara itu sudah menjelaskan kejayaan kita dalam bidang itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya