gaya tudung

Gaya hijabista patriotik

motif geometri beri sentuhan kontemporari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Semangat patriotisme merupakan nilai yang amat ditekankan dalam perayaan Hari Kemerdekaan.

Rakyat Malaysia diingatkan tentang nilai-nilai kebebasan yang telah memungkinkan negara ini mencapai kemerdekaan.

Semangat ini terpancar melalui bendera kebangsaan yang berkibar di setiap sudut kota, serta penghargaan terhadap warisan budaya dan sejarah Malaysia, yang menjadikan negara ini unik dan bermakna. Selain itu, generasi muda didorong untuk memahami dan menghargai perjuangan tokoh pahlawan yang telah membebaskan negara ini, mengukuhkan semangat cinta tanah air dan tekad untuk terus memajukan Malaysia.

Meniti hari kepada sambutan Hari Kemerdekaan, semangat dan patriotisme terus berkobar di seluruh Malaysia, Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) telah berkolaborasi dengan Tudung People untuk menghasilkan koleksi selendang yang mengusung tema motif bangunan bersejarah negara.

Koleksi yang diberi nama Karya ini dipilih dengan teliti oleh Pengarah Projek, Ts. Bashira Mohd Bahar, seorang ahli PAM dan Pensyarah Kanan di Taylor’s University, Dr Filzani Illia Binti Ibrahim.

Kesemua tudung ini adalah hasil rekaan ahli-ahli Pertubuhan Akitek Malaysia sendiri, yang mana pada tahun ini PAM menyambut ulang tahunnya yang ke-100. Tujuan usahasama yang diilhamkan oleh duo ini adalah bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia terutamanya generasi muda tentang keindahan seni bina bangunan ikonik yang menjadikan Malaysia negara yang kita sayangi kini.

Pilihan saya minggu ini dari koleksi Karya ini adalah Karya in Black dan juga Karya in Pink.

Karya in Black ini mendapat inspirasi dari Museum Negara. Motif geometri pada rekaan koleksi ini adalah suatu pilihan yang akan memberikan sentuhan kontemporari kepada gayamu.

Untuk suai padan dengan Karya in Black, cadangan saya adalah kombinasi yang menggabungkan keanggunan hijab dengan sentuhan blazer.

Kombinasi ini menghasilkan penampilan yang chic dan bersahaja. Saat mengenakan hijab dengan blazer, pastikan warna-warna yang dirimu pilih saling melengkapi.

Pilihlah blazer dengan warna senada seperti hitam atau putih untuk kelihatan elegan. Blazer dengan potongan asimetri menambahkan sentuhan avant-garde kepada gayamu.

Beri tumpuan kepada perincian lapel dan hemline pada blazermu supaya kelihata moden apabila digayakan.
Karya in Pink ini juga mudah disuaipadankan dengan summer dress.

Gaya ini menggabungkan elemen-elemen fesyen yang segar dan sopan, menciptakan penampilan yang anggun dan santai sekaligus. Apabila mengenakan summer dress, pastikan untuk memilih potongan yang longgar dan dan A-line, sesuai dengan iklim di Malaysia.

Pilihlah warna-warna yang cerah dan corak yang berbunga untuk menonjolkan sisi femininmu. Jika dressmu memiliki perincian di leher atau dada, pertimbangkan untuk mengikat tudung dengan gaya yang lebih sederhana untuk memberi fokus pada dressmu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN