Feri baharu Pulau Pinang beroperasi secara rasmi hari ini - Utusan Malaysia

Feri baharu Pulau Pinang beroperasi secara rasmi hari ini

CHOW Kon Yeow menjadi antara penumpang terawal yang menaiki feri baharu Pulau Pinang yang mula beroperasi secara rasmi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Feri baharu Pulau Pinang yang menggantikan feri ikonik memulakan operasi secara rasmi hari ini dengan 1.2 juta penumpang dijangka menggunakan perkhidmatan itu secara sehala dalam tempoh setahun.

Feri baharu itu beroperasi dari dua buah terminal secara ulang-alik iaitu Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) serta tidak lagi menggunakan jeti Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) sebagai terminal feri sementara.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menjadi antara individu terawal yang menggunakan perkhidmatan feri baharu itu yang mana beliau mengambil trip pertama feri berkenaan kira-kira pukul 6.30 pagi dari PSAH, Butterworth dan tiba kira-kira pukul 6.45 pagi di PRTU, di sini.

FERI baharu yang menggantikan feri ikonik Pulau Pinang mula beroperasi secara rasmi hari ini dari dua buah terminal secara ulang-alik iaitu Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di Georgetown.

Kon Yeow berkata, perkhidmatan feri di Pulau Pinang merupakan perkhidmatan yang sangat penting bagi rakyat khususnya yang menggunakan medium pengangkutan itu untuk berulang alik ke tempat kerja setiap hari.

“Kini, feri Pulau Pinang berwajah baharu dengan adanya empat buah feri yang dinamakan sebagai Teluk Bahang; Teluk Kampi; Teluk Duyung dan Teluk Kumbar menggantikan feri ikonik Pulau Pinang.

“Feri-feri baharu tersebut merupakan feri yang jauh lebih efisien dan selesa berbanding feri-feri ikonik,” katanya dalam sidang akhbar di PRTU, di sini hari ini.

Menurut Kon Yeow, pihak Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) akan menanggung kos tiket feri baharu selama sebulan bulan bermula hari ini hingga 6 September depan.

FERI baharu yang menggantikan feri ikonik Pulau Pinang mula beroperasi secara rasmi hari ini dari dua buah terminal secara ulang-alik iaitu Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di Georgetown.

”Tambang percuma untuk semua penumpang ini merupakan inisiatif pihak SPPP dan PPSB bagi meringankan beban kewangan penumpang feri,” katanya.

Tambah beliau, feri baharu akan beroperasi setiap hari bermula hari ini di Butterworth iaitu di PSAH kira-kira pukul 6.30 pagi dan berakhir pada pukul 9.30 malam, manakala di bahagian pulau iaitu PRTU seawal pukul 7 pagi dan berakhir pukul 10 malam.

”SPPP dan PPSB prihatin dengan kehendak dan keperluan rakyat Pulau Pinang khususnya yang menggunakan feri setiap hari telah menyediakan jadual feri dengan jumlah trip sebanyak 68 trip (dua hala) sehari.

”Kekerapan feri ini adalah setiap 20 minit pada waktu puncak dan 30 minit pada waktu bukan puncak, jadual ini juga adalah untuk hari bekerja dan pada hujung minggu atau cuti umum, trip akhir feri akan dilanjutnya daripada pukul 8.30 malam semasa tempoh peralihan kepada pukul 10 malam,” katanya.

FERI baharu yang menggantikan feri ikonik Pulau Pinang mula beroperasi secara rasmi hari ini dari dua buah terminal secara ulang-alik iaitu Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di Georgetown. – Pic: IQBAL HAMDAN

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri juga bersedia untuk meneroka perkhidmatan teksi air bagi menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Perai dengan lebih pantas.

”Setakat ini kita masih belum membuat permohonan rasmi mengenai perkhidmatan teksi air ini kepada Kementerian Pengangkutan, namun sebelum ini Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pernah cuba mempromosi teksi air di bahagian pulau.

”Jadi kita perlu teliti perkara ini dan kerajaan negeri bersedia memberi kerjasama dan mahu menjadi pemegang taruh penting bersama Kementerian Pengangkutan untuk meneroka pengangkutan laut yang lebih efisien,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PPSB , Datuk V Sasedharan berkata, menerusi 68 trip yang disediakan, pihaknya mensasarkan 100,000 pengguna feri baharu itu untuk satu hala dalam sebulan, menjadikan 1.2 juta penumpang untuk setahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya