Fasha Sandha masih trauma, selektif naskhah aksi - Utusan Malaysia

Fasha Sandha masih trauma, selektif naskhah aksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMALANGAN yang berlaku ketika penggambaran, Anak Tuan Mac lalu benar-benar meninggalkan kesan dan trauma kepada pelakon, Fasha Sandha.

Mana tidaknya, dia dikejarkan ke hospital pakar akibat kecederaan pada mata kirinya selepas terjatuh setelah ditolak rakan pelakon, Azhan Rani dalam satu babak.

Empat bulan selepas kejadian tersebut, ramai yang beranggapan Fasha mungkin masih trauma dengan kejadian tersebut. Lantas pelbagai persoalan timbul.

Adakah dia tidak akan menerima sebarang naskhah aksi selepas ini? Mungkinkah dia akan menjadi terlalu selektif dalam pemilihan naskhah? Jawablah mendapatkan Fasha Sandha.

Dengar cerita sekarang Fasha memang sibuk ya, orang kata back to back drama dan filem yang terlibat? Bagaimana Fasha menyusun masa?

Saya ini suka bekerja, memang sejenis tak boleh nak berehat panjang. Selalunya selepas penggambaran drama episod panjang, saya akan ambil cuti dalam dua minggu.

Selepas itu, terus sambung masuk set penggambaran balik. Tak boleh duduk rumah. Sekarang saya sedang dalam penggambaran filem Anak Perjanjian Syaitan 2 dan pada masa sama terlibat penggambaran drama episod Rampas Cintaku. Selepas itu, drama 60 episod, Malang Si Puteri. Mungkin lepas itu, baru saya berehat.

Sekarang, bagaimana Fasha menilai sesebuah tawaran terutama naskhah aksi? Adakah melihat kepada jalan cerita, pelakon atau pengarah?

Saya kena tengok juga jalan cerita. Jika naskhah aksi, saya kena tengok juga kemampuan. Seperti filem Anak Perjanjian Syaitan 2, saya tanya pengarah dulu.

Perlu tahu babak bagaimana, aksi bagaimana. Persediaan mental dan fizikal juga penting. Tak boleh ‘terjah’ masuk set penggambaran tanpa tahu apa jalan cerita.

Maksudnya Fasha sangat memilih dalam menerima sesebuah tawaran?

Kalau hendak kata memilih sangat, berhati-hati sangat pun tidaklah. Kemalangan seperti itu tidak berbau kan.

Kalau hendak jadi, jadi juga. Tetapi aspek keselamatan harus diutamakan. Tidak hanya untuk pelakon, tetapi kru produksi juga perlu dijaga.

Adakah Fasha masih trauma dengan insiden yang berlaku baru-baru ini?

Ya, trauma itu masih ada. Sebab itu, saya akan tanya dulu babak bagaimana, adakah melampaui batas atau aksi yang terlalu berat. Takut juga kemalangan berlaku sekali lagi. Lebih-lebih lagi sekarang ini, perasaan takut itu ada.

Kalau buat aksi lasak atau berbahaya, itu memerlukan perhatian dan perbincangan rapi dengan pengarah dan team produksi.

Dengar cerita Fasha juga merancang untuk menambah ahli keluarga? Tahun ini juga ke?

Tahun depan mungkin. Kita hanya merancang. Kalau tak ada aral melintang, kami nak cuba dapatkan anak lelaki pula.

Anak-anak ramai ini seronok, rezeki luas. Masa pantang nanti baru saya boleh berehat panjang! (seloroh)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya