Exco kerajaan negeri antara mangsa terlibat dalam kemalangan

Exco kerajaan negeri antara mangsa terlibat dalam kemalangan pesawat ringan

KEADAAN pesawat yang terhempas di kawasan kediaman Elmina di Seksyen U16, di sini, tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang exco kerajaan negeri dipercayai antara salah seorang mangsa yang terlibat dalam kejadian sebuah pesawat ringan terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina di Seksyen U16, di sini, tadi.

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, individu kenamaan itu merupakan salah seorang daripada enam penumpang yang menaiki pesawat berkenaan tengah hari tadi.

Bagaimanapun, kata sumber itu, tiada maklumat lanjut sama ada individu berkenaan ada menaiki pesawat itu atau tidak.

“Mengikut senarai penumpang, ada seorang exco menaiki pesawat itu,” katanya secara ringkas.

Terdahulu, sepuluh individu dikhuatiri maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas di laluan masuk ke kawasan kediaman Elmina di Seksyen U16, di sini, tadi.

Mereka mangsa terlibat terdiri lapan individu menaiki pesawat ringan berkenaan selain dua mangsa yang menaiki sebuah motosikal dan kereta.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Mohamad Shoki Hamzah berkata, masing-masing seorang penunggang motosikal dan pemandu kenderaan maut selepas dirempuh pesawat ringan berkenaan.

“Operasi masih berjalan dan identiti kesemua mangsa masih belum dapat dipastikan,” katanya secara ringkas.

Pesawat ringan berkenaan dipercayai telah berlepas dari Langkawi menuju ke Lapangan Terbang Subang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya