Enggan rasa selesa, Haiza buat pelbagai kerja cari pendapatan - Utusan Malaysia

Enggan rasa selesa, Haiza buat pelbagai kerja cari pendapatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi, mengakui kesusahan hidup segelintir artis tempatan membuka matanya tentang kepentingan menguruskan kewangan pada usia muda.

Kata pemilik nama sebenar Rohaizah Nordin, disebabkan itu, dia tegas dalam mengurus kewangan dan tidak berlebih-lebih dalam berbelanja supaya dapat membuat simpanan untuk persediaan masa depan.

“Kesusahan hidup sesetengah artis adalah cerminan dan tauladan untuk diri saya. Ia adalah pengajaran agar kita ‘nampak’ kelompongan dalam pengurusan kewangan yang boleh kita perbaiki.

“Saya masuk dunia seni sejak umur saya 15 tahun. Saya selalu terfikir, apa yang saya mahukan dalam industri ini.

“Sebenarnya yang dicari adalah sumber kewangan dan cara menguruskannya dengan betul untuk masa depan yang lebih terjamin. Sebab itu, bagi saya, aset dan insurans kesihatan sangat penting. Boleh kata saya dan keluarga sudah bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan,” katanya.

Kata Haiza lagi, meskipun mempunyai pekerjaan tetap dan bergaji bulan, dia tidak pernah berasa selesa justeru sentiasa mencari peluang pekerjaan lain untuk menambah pendapatan.

“Penyampai radio adalah punca pendapatan utama tetapi saya tidak pernah lupa bidang nyanyian dan akan sentiasa mencari peluang membuat persembahan selepas kerja hakiki saya selesai.

“Alhamdulillah kegiatan ekonomi pada masa sekarang tidak putus seperti sewaktu kita berdepan pandemik beberapa tahun lalu.

“Covid-19 sebenarnya membuka mata kita semua tentang pentingnya pengurusan kewangan yang baik. Saya bersyukur kerana berupaya konsisten dalam menabung. Simpanan dan insurans adalah penting. Sebaik sahaja terima pendapatan, saya akan lebih dahulu asingkan peruntukan untuk itu,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya