Enam lokasi Seksyen 13, Shah Alam dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

Enam lokasi Seksyen 13, Shah Alam dilanda banjir kilat

Banjir kilat
PASUKAN bomba memantau paras air di Persiaran Sukan, Seksyen 13 yang dilanda banjir kilat pada paras satu kaki di Shah Alam, Selangor, hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Enam lokasi sekitar Seksyen 13 di sini ditenggelami air pada paras sekurang-kurangnya satu kaki selepas hujan lebat lebih sejam melanda pusat bandar ini pada petang tadi.

Berdasarkan laporan awal Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, jalan tersebut meliputi Persiaran Sukan, laluan Bulatan Stadium menghala ke Accapela, persimpangan lampu isyarat di Jalan Surau Munwawwarah, persimpangan Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, jalan MSU lama dan Pangsapuri Perdana.

Menurut laporan itu juga, kejadian berlaku sekitar pukul 3.40 hingga 4.37 petang.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan, tinjauan daripada pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik mendapati keadaan terkawal dan paras banjir tidak melebihi paras bahaya.

Bagaimanapun, puncan kejadian didapati akibat sistem pam tidak berfungsi, namun air beransur surut selepas pam berkenaan dibaiki oleh petugas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya