Ella buat kejutan konsert di Penang, tawar tiket harga rahmah

Ella buat kejutan konsert di Penang, tawar tiket harga rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ratu rock, Ella membuat kejutan buat semua peminatnya selepas mengumumkan konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Spice Arena, Bayan Lepas, Pulau Pinang, 28 Oktober depan.

Lebih menarik, tiket yang ditawarkan juga mampu milik iaitu bermula dari RM78 hingga RM258 dan akan mula dijual bermula pukul 12 tengah hari, esok di www.hitmanlive.com.

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 57, berkata, harga tiket tersebut merupakan usahanya meraikan semuat peminat khususnya yang berada di utara dan tidak berpeluang menghadiri konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil, Jun lalu.

“Konsert ini memang untuk peminat di utara seperti dari Kedah, Perlis dan Perak. Sempena 35 tahun Ella berada dalam industri, ini adalah hadiah buat peminat yang menyokong karier Ella selama ini.

“Daripada segi pemilihan lagu, akan ada 50 peratus perbezaan berbanding konsert di KL,” katanya semasa sidang akhbar konsert tersebut serta sambutan ulangtahun kelahiran Ella di Pavilion Elite, di sini, semalam.

Masih mengekalkan tema Rock Glam, konsert yang dijangka berlangsung dua jam setengah itu akan menyajikan 25 hingga 30 lagu hits Ella serta penampilan artis jemputan.

Gubahan dan susunan muzik konsert itu dikendalikan oleh pengarah muzik, Datuk Acis yang turut dilatari sembilan pemuzik profesional.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Hitman Solutions, Rohit Rampal berkata, idea penganjuran konsert di Pulau Pinang itu sebenarnya sudah tercetus sebelum konsert di Kuala Lumpur (KL).

Jelasnya, pihaknya sudah merancang untuk mengadakan konsert jelajah ke negeri-negeri lain selepas kejayaan konsert di KL.

“Sudah tentu ada kelainan untuk konsert kali ini iaitu daripada aspek lokasi dan tawaran harga tiket. Kapisiti juga lebih besar berbanding Axiata Arena yang boleh menampung 12,500 pengunjung dengan konsep pentas 360 darjah yang berada di bahagian tengah.

“Tiket pula memang harga rahmah sebab kita bukan hendak buat keuntungan semata-mata, sebaliknya meraikan semua lapisan peminat. Kami akan berusaha memberikan kepuasan maksimum buat penggemar rock di utara dan nantikan pengumuman seterusnya,” katanya.

Untuk rekod, penjualan tiket konsert Ella di KL berjaya mencipta sejarah Malaysia Book of Record kerana terjual dalam tempoh 24 jam sahaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya