Eksploitasi video Sultan Perak: Polis ambil keterangan wanita

Eksploitasi video Sultan Perak:Polis ambil keterangan wanita

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan mengambil keterangan seorang wanita disyaki mempunyai kaitan dengan penularan video titah diraja oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang disunting hingga dilihat mengaitkan dan mengheret kedudukan baginda bagi tujuan politik kepartian.

Keterangan wanita berusia 46 tahun itu akan diambil di Balai Polis Cyberjaya kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keterangan wanita itu diambil bagi siasatan bersabit laporan yang dibuat di Jalan Tun Razak berhubung penularan rakaman video ber­kenaan.

“Setakat ini, sebanyak 24 laporan diklasifikasi sebagai Rujuk Laporan Lain atau Refer to Other Report (ROR),” katanya.

Semalam, Polis Perak mengesahkan menerima 20 laporan berhubung video yang ditularkan mengenai titah diraja oleh Sultan Perak yang disunting.

Menerusi video itu, seseorang dipercayai wanita yang juga pemimpin Muslimat Pas Melaka cuba mengetengahkan pandangan Sultan Nazrin terhadap PAS dalam klip video itu.

Berhubung penularan itu, Pejabat Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Perak turut membuat laporan polis berhubung video yang ditularkan itu semalam.

Dewan Negara Perak menerusi kenyataan ditandatangani Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Datuk Seri Diraja Tan Sri Dr. Mohd. Zahidi Zainuddin, berkata, pihaknya percaya pihak yang memetik dan menularkan semula titah Sultan Nazrin pada tahun 2013 berkenaan adalah bertujuan mahu mempengaruhi pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri di enam negeri 12 Ogos ini.

Video berkenaan memiliki sebahagian kecil titah Sultan Nazrin yang dizahirkan pada 19 Februari 2013 ketika baginda memangku sebagai Raja Perak, bertitah di Majlis Wacana Perpaduan Ummah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertemakan ‘Perpaduan Ummah: Harapan, Realiti dan Cabaran’. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya