Dua suspek langgar anggota URB, polis terpaksa lepas sembilan das tembakan

Dua suspek langgar anggota URB, polis terpaksa lepaskan sembilan das tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis mencari seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kejar dan tembak dua lelaki di Jalan Kepong, di sini, pagi ini. 

Lelaki tersebut, Ganeshan Olakanathan, 40, dipercayai dapat membantu siasatan dalam menjejaki dua suspek yang melarikan diri dan kejadian itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kejadian berlaku dari Pintasan Segambut melalui Taman Pusat Kepong sehingga Laman Rimbunan, Jalan Kepong, di sini, yang jaraknya lebih kurang dua kilometer. 

Katanya, dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Wira dalam keadaan mencurigakan semasa membuat rondaan.

“Polis cuba menahan namun pemandu kereta tersebut melarikan diri sebelum melanggar kenderaan orang awam setelah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

“Suspek kemudian  mengundurkan kereta dan melanggar anggota URB sehingga menyebabkan kecederaan. 

“Bagi keselamatan diri, kedua-dua anggota URB melepaskan sebanyak sembilan das tembakan ke arah tayar kenderaan suspek sehingga terbabas di tepi jalan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini, hari ini. 

Kataya, kedua-dua suspek yang sudah dikenal pasti identiti melarikan diri ke arah kawasan perumahan dan kini dalam buruan polis. 

Mengulas lanjut, Mohd. Shuhaily berkata, hasil siasatan mendapati kenderaan itu milik seorang wanita yang meminjamkan keretanya kepada seorang lelaki. 

“Tiada barang yang berkaitan dengan jenayah ditemukan dalam kereta tersebut tapi terdapat besi buruk yang disyaki merupakan hasil curi. 

“Kita tidak tahu lagi sama ada Ganeshan itu merupakan suspek atau tidak sebab keputusan forensik pun belum dapat lagi. Tetapi lelaki yang diburu ini mempunyai 11 rekod lampau jenayah dan dadah. 

“Buat masa ini, beberapa kereta orang awam mengalami kerosakan akibat dilanggar oleh kereta suspek namun tiada aduan yang diterima berkaitan kerosakan akibat tembakan yang dilepaskan,” ujarnya. 

Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 307 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular dalam media sosial sejak pagi tadi sebuah video yang dirakam oleh orang awam memaparkan kejadian tersebut sehingga menimbulkan persoalan. 

Di dalam video itu, kelihatan anggota polis sedang melepaskan tembakan terhadap sebuah kereta jenis Proton Wira yang melarikan diri dalam kesesakan lalu lintas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya