Dua beradik lemas ketika mandi kolam

Dua beradik lemas ketika mandi kolam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN: Dua beradik lemas ketika bermandi-manda di sebuah kolam terbiar di Kampung Batu Putih, Jalan Sungai Kayu, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.18 pagi itu, kedua beradik itu disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Duchess of Kent (HDOK).

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bersama empat lagi ahli keluarga mereka mandi di sebuah kolam terbiar kira-kira pukul 10 pagi.

Walau bagaimanapun, semasa mandi, dua mangsa telah lemas dan kedua-duanya berjaya diselamatkan oleh orang kampung.

“Mangsa lemas yang dikenali sebagai Amira Rolan,19, dan Muhamad Awira,10, kemudian dibawa ke HDOK dengan menaiki ambulans.

“Namun, kedua-dua mangsa yang sedang menerima rawatan disahkan meninggal dunia pada pukul 12.40 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya