Diva AA bangun pukul 4.30 pagi untuk mengundi

Diva AA bangun pukul 4.30 pagi untuk mengundi

AZWAN Ali  hadir ke pusat mengundi  Sekolah Kebangsaan  Klang Gate untuk mengundi memilih calon DUN Hulu Kelang. -UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemunculan selebriti, Azwan Ali atau dikenali Diva AA yang tiba awal  di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Klang Gate, dekat sini untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, mencuri tumpuan.

Katanya, pada mulanya dia tidak mahu mengundi tetapi kemudian menukar fikiran kerana menyedari setiap undi adalah berharga.

Demi menunaikan tanggungjawab itu, katanya, dia bangun tidur seawal 4.30 pagi dan tiba kira-kira 7 pagi di pusat pengundian itu dari Semenyih.

“Keluarlah mengundi. Jangan tangguh lagi,” katanya kepada pemberita. 

Selepas mengundi, Azwan yang merupakan adik kepada calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, Datuk Seri Mohammed Azmin berkata, undinya bukan untuk darah dagingnya.

“Undi adik-beradik? No,” katanya.

DUN Hulu Kelang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Azmin yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Juwairiya Zulkifli dari Pakatan Harapan (PH). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya