‘Din terpaksa pergi Kuala Lumpur cari rezeki’, ibu asyik teringat anak - Utusan Malaysia

‘Din terpaksa pergi Kuala Lumpur cari rezeki’, ibu asyik teringat anak

MAZNAH Abdullah,68, menunjukkan gambar sepupunya, Sharipuddin Shaari, 53, yang turut menjadi mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam di Jalan Rani Estate, Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pasca Covid-19 yang menyaksikan kekangan kerja di negeri ini, menyebabkan Sharipuddin Shaari, 53, terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur sejak dua tahun lalu bagi mencari rezeki menanggung keluarganya.

Sharipuddin yang merupakan pemandu e-hailing turut menjadi mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam, semalam.

Sebelum ini, Sharipuddin melakukan pelbagai kerja di sini termasuk pengawal keselamatan bagi mencari rezeki sebelum mengambil keputusan berhijrah ke Ibu Kota.

Sepupu Sharipuddin, Maznah Abdullah, 68, berkata, sepupunya itu pindah ke Kuala Lumpur bersama isteri dan dua anaknya yang masih bersekolah itu selepas Covid-19 apabila peluang pekerjaan terhad di sini.

Katanya, sebelum ini, Sharipuddin tidak pernah berhijrah dan mereka sekeluarga tinggal bersama dengan ibunya di Jalan Rani Estate di sini.

“Anak dua masih bersekolah, isteri tidak bekerja, terpaksalah bekerja di Kuala Lumpur. Sharipuddin merupakan insan yang sangat baik dan ringan tulang suka membantu.

“Kali terakhir kami berjumpa dan berkumpul ramai-ramai semasa Aidilfitri baru-baru ini. Selepas mendengar perkhabaran nahas tersebut, semalam, kami sekeluarga di sini sangat terkejut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sharipuddin yang berasal dari Arau di sini meninggalkan seorang balu, Suriana Muda,43, dan dua anak iaitu Muhammad Sharul Izuan,16, serta Nur Izzara Arissya,9.

MAZNAH Abdullah,68, menunjukkan gambar sepupunya, Sharipuddin Shaari, 53, yang turut menjadi mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam di Jalan Rani Estate, Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

Sementara itu, Maznah berkata, ibu Sharipuddin, Hatun Abu bakar,80, sejak dua tiga hari ini sering menyebut nama anak ketiga daripada empat beradik itu.

Katanya, mak saudaranya itu sudah pergi ke Kuala Lumpur awal pagi ini namun belum mengetahui bahawa anaknya itu sebenarnya telah meninggal dunia.

“Kami masih tidak beritahu, kerana mak saudara kami itu kerana dia mempunyai masalah jantung dikhuatiri boleh memberi kejutan kepadanya.

“Apabila sampai di sana (Kuala Lumpur) mungkin akan diberitahu mengenainya. Sejak dua tiga hari ini, mak saudara saya itu tidak lalu makan asyik menyebut nama Sharipuddin. Dia (mak saudara) juga ada menyebut apabila Sharipuddin balik nanti membawa dia bersama ke Kuala Lumpur. Mungkin itu naluri seorang ibu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya