Dicari SPRM: Anwar ingatkan PN henti dakwa kononnya parti bersih - Utusan Malaysia

Dicari SPRM: Anwar ingatkan PN henti dakwa kononnya parti bersih

ANWAR Ibrahim pada program makan tengah hari bersama rakyat di Sungai Bakap, Batu Kawan, Pulau Pinang hari ini. - Pic: IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BATU KAWAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perikatan Nasional (PN) tidak boleh terus mendakwa kepada rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika ini kononnya mereka ‘bersih’ dan tidak terpalit dengan dakwaan rasuah dan kes penyalahgunaan kuasa.

Ini kerana menurut Perdana Menteri, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini sudah membuat kenyataan sedang mencari seorang individu yang didakwa menantu kepada calon Perdana Menteri PN berhubung kes rasuah.

Tegas beliau, situasi itu dengan sendirinya membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap ketelusan gabungan terbabit untuk membentuk kerajaan negeri pada PRN kali ini.

“Saya percaya, Insya-Allah (sokongan rakyat) ini akan berubah (kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN).

“Sebab sebelum ini mereka kata mereka `bersih’, tetapi itu tidak ada.

“Sebab kita tahu kenyataan SPRM cari menanti calon PM (PN) lari. Mana boleh?

“Kalau SPRM ada bukti, (akan lakukan) siasatan, (akan membuat) pendakwaan. Kalau tak salah, pertahankan diri di mahkamah. Kenapa lari? Ini bukan contoh baik.

“Jumlah yang dikaitkan dengan kes rasuah ini banyak, jadi bersih tu tak boleh PN, Pas, Bersatu guna lagi kerana mereka terlalu terpalit irasuah besar,” katanya kepada pemberita pada program makan tengah hari bersama rakyat di Sungai Bakap, dekat sini hari ini.

Semalam, SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan sedang mengesan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

SPRM berkata, suruhanjaya itu cuba menghubungi dua lelaki terbabit, Muhammad Adlan Berhan, 48, dan Mansoor Saat, 69, secara terus dan menerusi peguam masing-masing.

Namun, namun kedua-dua mereka enggan tampil memberi kerjasama.

Semakan rekod oleh SPRM juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei lalu.

Setakat ini, tiada rekod menunjukkan kedua-duanya kembali ke Malaysia.

Muhammad Adlan adalah menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Pengerusi PN, manakala Mansoor adalah seorang peguam.

Muhyiddin pada Februari lalu menafikan beliau terlibat dalam pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIIS) kepada IRIS Corporation Berhad yang dikaitkan dengan menantunya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya