Diana Danielle pegang tangan rakan sejantina - Utusan Malaysia

Diana Danielle pegang tangan rakan sejantina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Diana Danielle memaklumkan dia hanya memegang tangan rakan sejantina yang dikenali sebagai Yien ketika berada di sebuah restoran, baru-baru ini.

Spekulasi itu timbul selepas pelakon Imaginur itu memuat baik beberapa foto memegang tangan seorang individu ketika berada di lokasi tersebut.

“Pegang tangan Yien (sambil menunjukkan rakannya yang berada di bahagian kerusi pemandu kereta yang dinaikinya),” jawabnya ringkas selepas prosiding hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, semalam.

Baru-baru ini, ibu dua anak itu memuat naik gambar dalam akaun Instagram dan menyertakan pautan tiga akaun Instagram rakannya yang lain.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat hantaran tersebut dan mempersoalkan Diana seakan melanggar tempoh iddah.

Susulan itu, Diana menerusi Instagram Story berkongsi sebuah video pendek bagi mendedahkan individu yang dipegang tangannya dalam foto tersebut, sekali gus menepis dakwaan sudah menemui pengganti.

Semalam, Hakim Syarie, Zulfikri Yasoa menetapkan hak penjagaan penuh dua anak kepada Diana selepas semua tuntutan diselesaikan secara global dan baik antara kedua-dua pihak.

Prosiding itu turut membenarkan Farid Kamil untuk melawat anak-anak mengikut terma dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012.

Namun, pada 10 Ogos lalu, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, dekat sini.

Farid melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof menerusi aplikasi Google Meet memandangkan dia mengalami masalah kesihatan kesan akibat jangkitan Covid-19.

Pada 10 Mac lepas, Diana memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, di mahkamah sama.

Alasan diberikan oleh Diana ialah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya