Denda Ahli Parlimen bakal naik RM10,000 jika langgar peraturan - Speaker

Denda ahli Parlimen bakal naik RM10,000 jika langgar peraturan – Speaker

JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen bakal berdepan denda maksimum RM10,000 jika didapati melanggar peraturan terutama mengeluarkan kata-kata tidak wajar semasa sesi sidang Parlimen.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, ia merupakan sebahagian daripada pindaan kepada Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan kuasa)1952.

“Akta ini akan dipinda termasuk menaikkan denda maksimum daripada RM1,000 kepada 10,000 kepada ahli Parlimen yang melanggar peraturan dalam usaha ke arah menjadikan Parlimen kelas pertama.

“Ini memastikan denda yang dikenakan kepada ahli Parlimen yang membuat kata-kata tidak berparlimen dan mereka juga boleh digantung daripada Parlimen,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis syarahan Parlimen Siri 3.0: Membina Semula Negara Melalui Reformasi di Bangunan Parlimen, malam tadi.

Johari berkata, pindaan akta itu juga diharap dapat membentuk perbahasan sidang Parlimen yang lebih profesional.

“Akta ini akan digubal bagi memastikan ahli Parlimen menyumbang kepada kemajuan negara dengan menghentikan segala tindakan dan kata-kata yang tidak berparlimen.

“Saya harap sidang akan datang, kita akan dapat menghasilkan perbincangan yang lebih baik bayar atau ahli Parlimen akan dikenakan RM10,000 atau keluar dari Dewan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya