PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Dasar Gaji Progresif adalah bersifat sukarela, berteraskan insentif dan terkait dengan produktiviti. Perdana Menteri berkata, model dasar itu diusulkan setelah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) mengambil kira pandangan dan kepentingan pihak majikan dan pekerja. Katanya, dasar itu yang merupakan pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum akan disusuli dengan garis panduan gaji progresif tahunan bagi setiap sektor, pekerjaan dan peringkat. “Sesi libat urus dan tinjauan awal telah menunjukkan sebanyak 62 peratus pekerja dan 80 peratus syarikat menyambut baik cadangan Dasar Gaji Progresif dengan ciri-ciri yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya