KUALA LUMPUR: Pelakon popular era 80-an, Norlida Ahmad dimasukkan ke hospital akibat masalah buah pinggang bernanah.
Berita tersebut dikongsikan pelakon, Effa Nareesha menerusi Instagramnya, baru-baru ini.
“Dikhabarkan pelakon, Norlida Ahmad atau Connie mengalami sakit buah pinggang bernanah dan kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban.
“Kondisinya amat lemah dan dalam pemantauan, justeru lawatan buat masa ini tidak digalakkan.
“Sama-sama kita doakan beliau agar diberi kesembuhan,” tulisnya.
Norlida mula berkecimpung dalam dunia lakonan sejak tahun 1984 dan pernah membintangi filem terkenal antaranya Suara Kekasih (1986), Marah-Marah Sayang (1987) dan Guru Badul (1988).
Antara anugerah yang pernah disandang pelakon ini adalah Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular 1992.